Friday, January 22, 2010

::Ujian dan Ketabahan::

Petang td..sedang asyik2 duk berfb tiba2 aku ternampak satu gambar yang ditagged kpd sorg rakan fb nih..timbul rasa nak tahu..kebetulan ada blog address plak kat fb tu..so..aku klik la..tergamam..

Kenapa? sbb gambar itu adalah gmbr seorang baby gurl yang berselirat dgn wayar2..kat ICU..sungguh aku tersentuh. sebak di dada ini ku tahan..dalam hati berdoa semoga ibu,ayah serta seluruh ahli keluarga baby tersebut tabah menghadapi ujian dari Allah swt..

Bila suamiku naik ke bilik..terus aku ceritakan pdnya..tunjukkan blog ummi kepada bayi yang diberi nama Mawaddah itu..kami sama2 sebak.

Anak kecil yang sangat comel ini menghidap sindrom WHS . Doa kami..semoga kedua-dua ibubapa Mawaddah tabah & sabar menghadapinya dan semoga adik Mawaddah kembali sihat..insyaAllah..Aminn..

Kami pernah melalui situasi yang sama selepas Aisyah dilahirkan..susah untuk digambarkan dengan kata2..apa yang dirasa..kadang2 hanya air mata yang mampu membicarakan betapa sedih hati kami ketika itu...

Aisyah di IJN : 03-09-2009 to 11-09-2009


Tetapi..pada masa itu..aku & suami perlu kuat untuk menerima seadanya..kerana sesungguhnya Allah swt tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu menanggung ujian tersebut.. Berpegang pada itulah kerana yakin atas apa jua yang berlaku ada hikmahNya..Alhamdulillah..berkat doa & sembahyang hajat dari semua-suami,ibubapa kami,saudara mara serta org kampung- Aisyah selamat menjalani prosedur di IJN. Juga barakah di bulan yang mulia bulan Ramadhan..Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..


menanti Aisyah di luar bilik operation 07-09-2009


Kenangan bersalinkan Aisyah Farhanah pada 28-08-2009 memang kenangan terindah yang tak mungkin mama lupakan. Aisyah mengajar mama menjadi seorang yang lebih kuat & tabah..utk jadi Super Mama utk Aisyah the Super Baby..kan sayang?


Aisyah di dalam Wad Melor,IJN


Kena pasang lampu biru sebab ada jaundice


Aisyah la yang bawa mama naik pesawat Hercules Charlie ketika diterbangkan dari Lapangan terbang Sultan Muhammad ke Lapangan Terbang TUDM Subang 03-09-2009 jam 2.30pm. Hehe..mama first time naik kapal yang bisa terbang ni..sebelum ni duk takut jer..tapi time tu..mama takde rasa apa pun..dalam hati cuma satu..nak selamat sampai dan bawa Aisyah ke IJN cepat2..walaupun mama jalan pun macam siput (caesarian)..mama tak kisah..yang penting anak mama kembali sihat.

Sepanjang sejam lebih perjalanan-KB-TUDM Subang-IJN-Aisyah tidur sahaja dalam inkubator tu..sikit pun Aisyah x jaga walhal dalam pesawat tu punyalah bising..

Alhamdulillah..sehingga ke hari ni Aisyah sihat dan semoga hari2 yang bakal dilaluinya,dia akan terus sihat & membesar seperti anak2 yang lain..begitu juga doa kami untuk Mawaddah..insyaAllah..

0 comments:

Post a Comment