Thursday, October 7, 2010

Quick Update

salam..

lama bebenor tak mengupdate belog ni..dah berkurun dah..berkarat bersawang dah..hehe~kehidupan seharian bz jer memanjang..sampai xde masa nak update..draft berlambak tapi x siapkan pun..sebenarnya malas ni..haha~

ok..just quick update!

~sedar tak sedar sudah menjengah ke bulan Oktober kita ni..cepat sungguh masa berlalu..

~Aisyah dah genap setahun pada 28 September lalu..genap setahun dia pun dah leh jalan..alhamdulillah..sekarang ni mmg x henti berjalan ke sana ke mari..mulut pun sama naik becoknnya..dah pandai sebut banyak perkataan..makin cerdik anak mama! teruskan belajar sayang!

~Alhamdulillah syukur yang tak teringga ke hadrat Ilahi dengan limpah rezekinya..saya berjaya dalam temuduga PLV pada 28hb July yang lalu..walaupun dugaan menimpa..sehari sebelum interview nenda tersayang telah dipanggil mengadap Ilahi.. Innalillah hi waiina ilaihiraji'un.. Al-fatihah buat arwah nenda yang tersayang..

~Sekarang ni dalam proses tunggu surat lapor diri jelah..nanti ntah ke mana dicampaknya diriku ini..
Yang paling risau..anakanda Aisyah yang tak pernah berenggang dengan mama..agak sukar la nanti..kesian anak mama..tambah2 dibuatnya kena berjauhan dengan baba..lagilah parah.. apapun..kehidupan sebenar akan bermula nanti..insyaAllah.. semoga dipermudahkan urusan oleh-Nya..Ameen..

~2hb Oktober lepas..genaplah dua tahun usia perkahwinanku bersama suami terchenta..nikah baru dua tahun tapi kenal sudah 8 tahun..semoga Allah swt memberi rahmah dan barakah di dalam rumahtangga kami..Ameen..

OK..finish!

Sunday, July 25, 2010

Designer Cotton Fabric GA


Alhamdulillah..bertuah juga rupanya badan..dapat menang GA dari designercottonfabric. hehe~Sebenarnya saja2 jer gatal tangan nak join GA. Mula2 nak join mana-mana GA untuk Aisyah jer. Sbb dia punya syarat senang jer..just tinggalkan komen jer. I pun apa lagi..komen jelah apa yang patut..hehe~






dan..kain itu telah selamat dijadikan...

:

:

:

surprise!


taraaa..




a diaper stacker!

hehe:)

Wednesday, July 21, 2010

My Little Princess


Lamanya mama simpan draft gmbr anak mama ni..mama x sempat nak publish..
Aisyah semakin membesar..semakin hari semakin cerdik..semakin bijak..dengan aksi-aksi dan telatahnya..semua itu buat mama bahagia.. Alhamdulillah..

Mama nak Aisyah jadi anak yang solehah..insyaAllah..mama pun sambil didik Aisyah sambil mama belajar..
:
:
:
Anakanda Aisyah yang shomel..
:
:

tunjuk ape tu sayang?


auwww..cak!


sukanya dia..







Mama tak pernak bosan tgk Aisyah..layan Aisyah..bila Aisyah tido..mama xde keje..mula la mama rindu Aisyah..nak kacau Aisyah..hehe~Aisyah adalah anugerah yang tidak terbanding nilainya bagi mama..

Mama love you so much sayang!! Mmuaahh..

Puasa

Sudah berada di bulan Syaaban kita ni..tik tok tik tok..sekejap sahaja masa berlalu. rasanya baru semalam melahirkan Aisyah..sekarang sudah Syaaban..dua minggu lagi Ramadhan. InsyaAllah..

Sekarang ini saya sedang giat mengqada' puasa...memang giat dan gigih kerana saya harus qada' puasa selama 30 hari. Bukankah itu angka yang sgt banyak? hehe..yup yup..banyak..kerana saya melahirkan Aisyah di bulan Ramadhan. Wajib ke atas ku mengqada' puasa itu plus puasa tahun sebelumnya selama 6 hari belum diqada kerana tahun lepas pregnant ++ masalah kesihatan semasa pregnant itu. So,kali ini saya maun qada' semuanya 30 hari. Hari ni hari ke-16..masih berbaki 14 hari. Jadi, harus saya puasa selama dua minggu berturut-turut barulah cukup sebab Ramadhan sudah tidak lama..InsyaAllah..

Biasanya..untuk puasa ganti, saya cuma bersahurkan air dan roti. Nak bangun masak dinihari..isykk..malaslah. Hehe.. Kul 5am saya akan bangun sahur..then solat subuh..then tunggu smpai 6.30 am untuk kejut en.suami..dia musti kerja kan..kadang2 lepas sahur tido balik kalau mata ni tak mampu menampung.

Rasanya..ramai kalangan wanita-wanita yang giat qada' puasa di bulan Rejab dan Syaaban. Lumrah kita sebagai wanita.. Selamat Berpuasa semua..

Tuesday, July 13, 2010

Cabutan Bertuah Mama Syafi

Hello..this is first time mama Aisyah join giveaway@cabutan yang bertuah ni..Hehe~So..sebelum yang lain terlambat..moh sama2 join okeh..


Dianjurkan oleh: Mama Syafi


Hadiah disponsor oleh : Butik Babykidmatters


hadiahnya ialah...




Cabutan Pertama

Voucher Babykidmatters RM40 + saguhati dari mama syafi



Cabutan Kedua

Voucher Babykidmatters RM30 + saguhati dari mama syafi



Cabutan Ketiga

Voucher Babykidmatters RM20 + saguhati dari mama syafi


Sape2 nak join..klik sini okeh?

Monday, July 12, 2010

::Mau kembali aktif::

Aduss..tetiba mood nak bukak blog ini datang balik..ingat nak off terus.. Si tomel2 mama tgh syok tido lepas mandi.. So,mama dilanda kebusanan.. rasa nak do something... tgh survey2 jugak ni.. Saja untuk suka suki.. kalau mama rajin la kan..tunggu..

Mood nak menjahit tgh meruncing ni..down giler..bukan xde order..ada..tapi si tukang jahit pemalas giler.. ape daaa.. ada 3,4 helai order untuk tudung tapi kainnya belum ada..dah 2 kali g cari kain..tapi warna yang nak xde plak..haisshhh..hold dulu la.. Then, 4 helai dress untuk anak2 sedara Yuska..belum disentuh pun..idea sudah ada..mood belum ada. Ini lah tukang jahit bernama Ba-e..saya perlukan mood..moodd..mood untuk menjahit..bukan senang2 boleh jahit. Haha..

Ok la...mau menguggle sesuatu..mana tahu hari ni boleh start buat..ngeh3..

Monday, February 15, 2010

::apa ada pada nama::



Hari ini terasa ingin berkongsi dengan kawan2 semua..maksud nama.. Apa maksud nama korang?? Ada maksud atau tidak? Macam aku sendiri..nama takde maksud pun.. Agaknya dulu mak ayah aku xde nak beli buku2 nama2 islam nih..

Aku terpanggil utk buat entry nih bila dapat tahu ada org nun di sana duk mempertikaikan nama anak aku..sakit hati ini..dia ingat aku main letak jer nama tuh..macam dia bagus sangat.. semenjak dua menjak ni..'org' ni memang suka cari pasal..bikin hati i sakit jer..but please..jgn sentuh2 pasal anak i ok? she's my princess ok??nak tegur anak org..tengok anak sendiri dlu..ada bagus sgt? nak tegur apakebendanya..anak aku baru 5 bulan lebih..haha~

Nama Aisyah Farhanah binti Muhammad Farid..diberi pada 02-09-2009 ketika Aisyah berada di Wad 3(NICU) HRPZ II..dengan merujuk kepada Ustaz Haji Awang(FIL) & Ustazah Wan Patimah(MIL)..mula2 aku propose nama Nur Hannah Insyirah tapi Baba kata x sesuai..so..propose nama yang kedua dalam list..Nurul Aisyah Farhanah..tapi Mama kata x payah letal 'Nurul'..Aisyah Farhanah jer.. Masa ni kira kelam kabut sket sebab aku tekad nak abang daftarkan nama anak hari tu jugak sbb masa tu x tahu lagi keadaan baby macam mana.. she needs a name.. Sepanjang hampir 5 hari di dalam wad..kami hanya panggil dia 'Sayang' sahaja.

Lepas Mama & Baba setuju dengan nama tu..abang & Syakir terus ke pejabat Wisma yang terletak tidak jauh dari HRPZ II utk daftarkan nama anakku itu.. Alhamdulillah..dia mendapat nama yang cantik..dengan persetujuan Mama dan Babanya, Ki Ba, Tok Ma & Ayah K.

Maka..jadilah nama baby yang cumil ini Aisyah Farhanah binti Muhammad Farid.

Yang bermaksud;
Aisyah: hidup bahagia, nama isteri Rasulullah s.a.w
Farhanah: riang gembira

Doa mama utk anak mama yang tersayang..semoga Aisyah akan terus hidup bahagia dan riang gembira di dunia & di akhirat..insyaAllah.. dan semoga Aisyah diberikan kesihatan yang berpanjangan olehNya.. Aminn..

dan untuk 'org' itu yang mempertikaikan nama Aisyah.. sedar la sikit..jangan ingat diri sendiri tu bagus sangat..hal orang semua nak dipertikaikan..u r not perfect!! absolutely not!! okay??

tataaa..mau titun..sudah lega..