Wednesday, July 21, 2010

Puasa

Sudah berada di bulan Syaaban kita ni..tik tok tik tok..sekejap sahaja masa berlalu. rasanya baru semalam melahirkan Aisyah..sekarang sudah Syaaban..dua minggu lagi Ramadhan. InsyaAllah..

Sekarang ini saya sedang giat mengqada' puasa...memang giat dan gigih kerana saya harus qada' puasa selama 30 hari. Bukankah itu angka yang sgt banyak? hehe..yup yup..banyak..kerana saya melahirkan Aisyah di bulan Ramadhan. Wajib ke atas ku mengqada' puasa itu plus puasa tahun sebelumnya selama 6 hari belum diqada kerana tahun lepas pregnant ++ masalah kesihatan semasa pregnant itu. So,kali ini saya maun qada' semuanya 30 hari. Hari ni hari ke-16..masih berbaki 14 hari. Jadi, harus saya puasa selama dua minggu berturut-turut barulah cukup sebab Ramadhan sudah tidak lama..InsyaAllah..

Biasanya..untuk puasa ganti, saya cuma bersahurkan air dan roti. Nak bangun masak dinihari..isykk..malaslah. Hehe.. Kul 5am saya akan bangun sahur..then solat subuh..then tunggu smpai 6.30 am untuk kejut en.suami..dia musti kerja kan..kadang2 lepas sahur tido balik kalau mata ni tak mampu menampung.

Rasanya..ramai kalangan wanita-wanita yang giat qada' puasa di bulan Rejab dan Syaaban. Lumrah kita sebagai wanita.. Selamat Berpuasa semua..

0 comments:

Post a Comment