Monday, February 15, 2010

::apa ada pada nama::



Hari ini terasa ingin berkongsi dengan kawan2 semua..maksud nama.. Apa maksud nama korang?? Ada maksud atau tidak? Macam aku sendiri..nama takde maksud pun.. Agaknya dulu mak ayah aku xde nak beli buku2 nama2 islam nih..

Aku terpanggil utk buat entry nih bila dapat tahu ada org nun di sana duk mempertikaikan nama anak aku..sakit hati ini..dia ingat aku main letak jer nama tuh..macam dia bagus sangat.. semenjak dua menjak ni..'org' ni memang suka cari pasal..bikin hati i sakit jer..but please..jgn sentuh2 pasal anak i ok? she's my princess ok??nak tegur anak org..tengok anak sendiri dlu..ada bagus sgt? nak tegur apakebendanya..anak aku baru 5 bulan lebih..haha~

Nama Aisyah Farhanah binti Muhammad Farid..diberi pada 02-09-2009 ketika Aisyah berada di Wad 3(NICU) HRPZ II..dengan merujuk kepada Ustaz Haji Awang(FIL) & Ustazah Wan Patimah(MIL)..mula2 aku propose nama Nur Hannah Insyirah tapi Baba kata x sesuai..so..propose nama yang kedua dalam list..Nurul Aisyah Farhanah..tapi Mama kata x payah letal 'Nurul'..Aisyah Farhanah jer.. Masa ni kira kelam kabut sket sebab aku tekad nak abang daftarkan nama anak hari tu jugak sbb masa tu x tahu lagi keadaan baby macam mana.. she needs a name.. Sepanjang hampir 5 hari di dalam wad..kami hanya panggil dia 'Sayang' sahaja.

Lepas Mama & Baba setuju dengan nama tu..abang & Syakir terus ke pejabat Wisma yang terletak tidak jauh dari HRPZ II utk daftarkan nama anakku itu.. Alhamdulillah..dia mendapat nama yang cantik..dengan persetujuan Mama dan Babanya, Ki Ba, Tok Ma & Ayah K.

Maka..jadilah nama baby yang cumil ini Aisyah Farhanah binti Muhammad Farid.

Yang bermaksud;
Aisyah: hidup bahagia, nama isteri Rasulullah s.a.w
Farhanah: riang gembira

Doa mama utk anak mama yang tersayang..semoga Aisyah akan terus hidup bahagia dan riang gembira di dunia & di akhirat..insyaAllah.. dan semoga Aisyah diberikan kesihatan yang berpanjangan olehNya.. Aminn..

dan untuk 'org' itu yang mempertikaikan nama Aisyah.. sedar la sikit..jangan ingat diri sendiri tu bagus sangat..hal orang semua nak dipertikaikan..u r not perfect!! absolutely not!! okay??

tataaa..mau titun..sudah lega..

0 comments:

Post a Comment