Monday, February 15, 2010

::apa ada pada nama::



Hari ini terasa ingin berkongsi dengan kawan2 semua..maksud nama.. Apa maksud nama korang?? Ada maksud atau tidak? Macam aku sendiri..nama takde maksud pun.. Agaknya dulu mak ayah aku xde nak beli buku2 nama2 islam nih..

Aku terpanggil utk buat entry nih bila dapat tahu ada org nun di sana duk mempertikaikan nama anak aku..sakit hati ini..dia ingat aku main letak jer nama tuh..macam dia bagus sangat.. semenjak dua menjak ni..'org' ni memang suka cari pasal..bikin hati i sakit jer..but please..jgn sentuh2 pasal anak i ok? she's my princess ok??nak tegur anak org..tengok anak sendiri dlu..ada bagus sgt? nak tegur apakebendanya..anak aku baru 5 bulan lebih..haha~

Nama Aisyah Farhanah binti Muhammad Farid..diberi pada 02-09-2009 ketika Aisyah berada di Wad 3(NICU) HRPZ II..dengan merujuk kepada Ustaz Haji Awang(FIL) & Ustazah Wan Patimah(MIL)..mula2 aku propose nama Nur Hannah Insyirah tapi Baba kata x sesuai..so..propose nama yang kedua dalam list..Nurul Aisyah Farhanah..tapi Mama kata x payah letal 'Nurul'..Aisyah Farhanah jer.. Masa ni kira kelam kabut sket sebab aku tekad nak abang daftarkan nama anak hari tu jugak sbb masa tu x tahu lagi keadaan baby macam mana.. she needs a name.. Sepanjang hampir 5 hari di dalam wad..kami hanya panggil dia 'Sayang' sahaja.

Lepas Mama & Baba setuju dengan nama tu..abang & Syakir terus ke pejabat Wisma yang terletak tidak jauh dari HRPZ II utk daftarkan nama anakku itu.. Alhamdulillah..dia mendapat nama yang cantik..dengan persetujuan Mama dan Babanya, Ki Ba, Tok Ma & Ayah K.

Maka..jadilah nama baby yang cumil ini Aisyah Farhanah binti Muhammad Farid.

Yang bermaksud;
Aisyah: hidup bahagia, nama isteri Rasulullah s.a.w
Farhanah: riang gembira

Doa mama utk anak mama yang tersayang..semoga Aisyah akan terus hidup bahagia dan riang gembira di dunia & di akhirat..insyaAllah.. dan semoga Aisyah diberikan kesihatan yang berpanjangan olehNya.. Aminn..

dan untuk 'org' itu yang mempertikaikan nama Aisyah.. sedar la sikit..jangan ingat diri sendiri tu bagus sangat..hal orang semua nak dipertikaikan..u r not perfect!! absolutely not!! okay??

tataaa..mau titun..sudah lega..

Monday, February 8, 2010

::KPLI::

Hari ni dapat tau borang KPLI intake Jun 2010 dah keluar.. Tiba2 hati rasa berbunga..bukan kerana apa..kerana kali ini insyaAllah berpeluang untuk apply KPLI kali ni.. Tahun lepas x dapat nak apply sebab tgh pregnant..insyaAllah kali ni..dapatlah aku apply dan semoga dipermudahkan urusan oleh Dia.. Aminnn..

Dan..semoga dipermurahkan rezeki aku sekeluarga.. InsyaAllah..Aku tak nak menaruh harapan yang besar sebab KPLI ni..kena compete ngan candidate yang sangat2 ramai..tapi insyaAllah..semoga murah rezeki, dipermudahkan urusan..kerana ia cukup bermakna buat aku.. Dengan keadaan sekarang..i need a job...at least aku dapat membantu keluarga di kampung..tak dapat banyak..sikit pun jadilah..dan juga untuk keluarga sendiri..demi aisyah dan abang.. And the most reason is..hanya education course yang sesuai dengan aku.. Untuk masuk bidang teknikal & industri..mungkin agak sukar & menghadapi beberapa masalah.. Hehehe..lagipun..dah ada minat dalam diri ni..nak jadi pengajar.. insyaAllah..

Mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan..insyaAllah..Aminnn...

Wednesday, February 3, 2010

::Updating?::

dah lama x update blog ku ini..sudah kusam jadinya..hehe~
actually semenjak dua menjak ni bz memanjang..minggu lepas bawa Aisyah ke HRPZ II..ada appointment. Alang2 dah balik KB..duduk la seminggu umah ma..hari sabtu baru balik sini.. Hari ahad ni Aisyah ada appointment lg..juga di HRPZ II..nampak gayanya kena tinggal encik suami tersayang lg seminggu.. Kesian pulak..xde orang nak jaga makan minum.. Huhu..

Minggu ni sangat bz dengan menjahit. Alhamdulillah sambutan untuk tudung2 ku sangat menggalakkan..Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga..InsyaAllah..aminn..
Aku plak yang tak cukup tangan nak menjahit..bukan ada masa sangat pun..hehe..tapi akan ku cuba sedaya upaya dan berkorban apa yang patut..chewaaahh..berkobar-kobar semangat nih! jangan berkubang-kubang dah la..haha..

Hopefully dapatla aku siapka order asap.. Nak siapkan tudung orang2 kat Besut..tudung2 cik misi..utk Kak Mie jual.. Banyak ni.. Aisyah..jangan nangis2 ek..teman mama jahit tudung okie??

Okies..sudah mau keluar..mau tidur sudah..minggu ni asyik tido lewat jer..pas bangun pun lewat la..ok..babai...daaa..salam utk semua..